Isu Rohingya: Tun M Hantar Surat Kepada Myanmar, Suu Kyi

Diterbitkan: Jumaat, 12 Jun 2015 11:52 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan telah menghantar surat kepada ikon demokrasi Myanmar Aung San Suu Kyi sebagai usaha untuk membantu menyelesaikan krisis kemanusiaan melibatkan etnik Rohingya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata sehingga kini beliau tidak menerima sebarang jawapan daripada Suu Kyi dan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang ‘tidak menggembirakan’.

"Saya tidak gembira kerana selepas saya menulis kepadanya, tiada sebarang balasan yang saya terima.

"Mungkin dia tak terima surat saya itu…saya tak tahu. Hanya itu yang saya boleh katakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa ‘Plight of the Rohingya Part II Crime Against Humanity’ anjuran Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) di sini, Jumaat.

Terdahulu ketika menyampaikan ucaptamanya pada persidangan tersebut, Dr Mahathir turut memaklumkan mengenai surat yang dihantar kepada pemimpin berpengaruh di Myanmar itu yang juga Pemenang Hadiah Nobel Keamanan.

Beliau berkata, sikap berdiam diri Myanmar dan Suu Kyi sebagai pejuang hak asasi manusia di negaranya dalam isu ini perlu disusuli dengan tindakan, termasuklah menggesa Myanmar disingkirkan dari Asean.

"Saya tulis surat minta hentikan (pembunuhan dan penindasan). Kalau tak respons, saya rasa mereka tak ada hak untuk diiktiraf dalam negara Asean.

"Kita perlu campur tangan untuk tunjukkan kepada dunia apa yang mereka telah lakukan kepada etnik Rohingya yang dibunuh dengan kejam, lemas di laut dan dipaksa meninggalkan negara sendiri," katanya.

Tags / Kata Kunci: Tun Mahathir

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan