Pak Samad Sertai DAP, Perjelas Keputusannya Pada Sabtu

Diterbitkan: Jumaat, 12 Jun 2015 11:35 PM

A Samad Said.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said akan memberi penjelasan mengenai keputusannya menyertai DAP pada Sabtu di Kelantan.

"Semua orang ada peluang (untuk tahu lebih lanjut)," kata A Samad yang lebih dikenali sebagai Pak Samad, ketika dihubungi.

Penulis dan penyair yang turut dikenali dengan novel hasil nukilannya, Salina, bergiat aktif dalam politik sejak beberapa tahun lalu.

Beliau merupakan salah seorang aktivis Bersih 2.0 dan turut berkempen untuk pembangkang.

Ditanya sama ada beliau akan menyertai DAP, Pak Samad hanya memberikan jawapan ringkas: "Benar".

Sebuah portal memetik Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke sebagai berkata bahawa Pak Samad akan menyertai sebuah program yang ditaja oleh Gabungan Impian Kelantan di Kampung Pasit Tumboh di Gua Musang pada Sabtu.

Para pemimpin DAP lain turut dijangka hadir pada program itu.

Tags / Kata Kunci: DAP , A Samad Said

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan