Bunuh Rohingya: Myanmar Perlu Disingkirkan Daripada Asean - Tun M

Diterbitkan: Jumaat, 12 Jun 2015 11:20 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Myanmar perlu disingkirkan daripada Asean jika berterusan melakukan penindasan terhadap etnik Rohingya dan enggan mencari penyelesaian berhubung isu ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, apa yang dilakukan Myanmar terhadap kumpulan etnik tersebut adalah satu jenayah kejam dan tidak dapat diterima oleh Asean secara khusus dan dunia secara amnya.

Katanya, Myanmar perlu bertanggungjawab dalam isu ini kerana hal ehwal dalaman negara itu telah menjadi isu antarabangsa.

"Membunuh, melakukan penindasan terhadap kumpulan etnik Rohingya adalah sesuatu yang sama sekali kita tidak boleh diterima badan-badan kemanusiaan di seluruh dunia.

"Asean mesti memberitahu Myanmar untuk berhenti membunuh dan melakukan penindasan atau jika tidak, lebih baik tinggalkan Asean," katanya ketika menyampaikan ucaptama Persidangan Antarabangsa ‘Plight of the Rohingya Part II Crime Against Humanity’ anjuran Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) di sini, Jumaat.

Menurut Dr Mahathir, sekiranya Myanmar berterusan berada dalam Asean dengan sikap tidak berperikemanusiaan seperti yang dilakukan pada masa ini, ia hanya akan memburukkan Asean secara keseluruhannya.

Dr Mahathir yang juga Presiden PGPF berkata, apa yang dilakukan Myanmar terhadap etnik Rohingya adalah satu jenayah kemanusiaan dan negara itu perlu dikenakan tindakan.

"Membunuh orang…ia satu jenayah. Adakah kita melakukan apa-apa? Tidak. Kita tidak melakukan apa-apa tindakan.

"Sudah tiba masanya untuk Malaysia, Asean dan dunia membuang sikap ‘tidak mahu campur tangan’ dalam isu ini kerana menganggap ia melibatkan politik dalaman Myanmar.

"Kita perlu campur tangan. Rohingya perlu dipertahankan dari luar jika dari dalam negara sendiri mereka gagal dipertahankan," katanya.

Dalam pada itu beliau juga menegaskan bahawa perbuatan membunuh dan menyiksa sesama manusia juga dilarang oleh agama, termasuklah agama Budha yang amat terkenal dengan agama yang cintakan keamanan.

Justeru, beliau berkata Myanmar mesti diingatkan untuk berbalik kepada ajaran Budha yang sebenar dengan tidak melakukan penindasan dan pembunuhan.

Tags / Kata Kunci: Rohingya , Asean

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan