Tol: Perbincangan Lanjut Dengan Syarikat Konsesi

Diterbitkan: Jumaat, 12 Jun 2015 10:43 PM

Fadillah Yusof.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan syarikat konsesi lebuh raya berhubung isu kenaikan tol.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Kabinet pada mesyuarat pada Jumaat telah membincangkan implikasi yang mungkin timbul.

"Anggota Kabinet turut mengemukakan pandangan dan saya akan meneliti serta memperincikan setiap pandangan yang dikemukakan sebelum sebarang keputusan lanjut diambil," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kementerian turut memohon kerjasama media untuk tidak membuat spekulasi mengenai isu kenaikan tol.

Tags / Kata Kunci: tol , lebuh raya

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan