Malaysia Guna Undang-Undang Dadah S'pura Semak Semula Hukuman Mati

Diterbitkan: Khamis, 11 Jun 2015 9:05 PM

Paul Low.

Datuk Paul Low

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti undang-undang dadah Singapura sebagai asas bagi menyemak semula hukuman mati berkaitan kesalahan dadah di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan berkata kerajaan secara khusus meneliti Akta Penyalahgunan Dadah republik itu untuk melaksanakan reformasi terhadap undang-undang sedia ada sebagai reaksi terhadap hasrat yang disuarakan orang ramai agar hukuman mati berkaitan kesalahan dadah di negara ini dikaji semula.

Katanya suara pihak yang menyokong dan membantah hukuman mati dikenakan terhadap mereka yang melakukan jenayah keji itu, sama nyaringnya.

"Saya berharap, dalam kita menghargai secara serius nilai nyawa, kita juga perlu menimbang dengan teliti isu berkaitan hukuman mati," katanya ketika merasmikan Kongres Mengenai Hukuman Mati Rantau Asia pertama di sini Khamis.

Ia dihadiri lebih 300 pejuang antihukuman mati dari seluruh dunia untuk membincangkan topik penting dan sering menjadi perbalahan itu.


Low berkata hukuman mati adalah suatu bentuk hukuman yang sah di negara ini iaitu bagi kesalahan di bawah Kanun Keseksaan seperti melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong mengikut Seksyen 121; kesalahan yang dilakukan terhadap seseorang sultan atau raja mengikut Seksyen 121A; bersubahat melakukan pemberontakan dalam Angkatan Tentera mengikut Seksyen 132. 

Katanya Kanun Keseksaan juga memperuntukkan hukuman mati bagi jenayah seperti menculik atau melarikan untuk membunuh mengikut Seksyen 364; bersubahat untuk membunuh diri mengikut Seksyen 306; rompakan berkumpulan mengikut Seksyen 396; menjadikan seseorang sebagai tebusan di bawah Seksyen 374A dan membunuh mengikut Seksyen 302.

Beliau berkata hukuman mati mandatori juga dikenakan terhadap pengedar dadah mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Sambil bergelut dengan persepsi tempatan dan antarabangsa bahawa hukuman mati mandatori adalah keras dan tidak berperikemanusiaan, kerajaan juga mempunyai tugas untuk memastikan masyarakat selamat daripada ancaman itu," katanya.

Sementara itu, anggota Jawatankuasa Eksekutif Rangkaian Anti Hukuman Mati Asia (ADPAN) Chow Ying Ngeow berkata persidangan itu, yang julung kali diadakan di Asia, bertujuan menjadikan dunia bebas daripada hukuman mati.

"Jelas sekali, matlamat akhir kami ialah ke arah menghapuskan hukuman mati dan sasaran kami ialah rantau Asia, walaupun dalam jangka panjang, kami bekerjasama dengan pertubuhan sivil lain dan NGO untuk menjadikan dunia ini bebas daripada hukuman mati," katanya.

Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Tan Sri Hasmy Agam pula berkata kerajaan patut menimbang melaksanakan hukuman lebih berperikemanusiaan berbanding hukuman mati bagi kesalahan dadah di negara ini.

Beliau mendakwa kerajaan belum mengambil pendirian tegas tentang perkara itu.

"Anggota Kabinet mempunyai pendapat berbeza tentang hukuman mati dan hak asasi manusia. Ada yang sudah komited dan ada yang belum menetapkan pendirian masing-masing," katanya.

Pendapat Hasmy itu dikongsi beberapa kumpulan sivil, termasuk Majlis Peguam dan sebuah NGO Perancis.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan