'Ya, Saya Bertanggungjawab Terhadap Krisis Dalam Negara' - Tun M

Diterbitkan: Khamis, 11 Jun 2015 1:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bertanggungjawab terhadap 'krisis' yang berlaku dalam negara ketika ini.

Dalam nada sinis, bekas perdana menteri itu bersetuju dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau merupakan pencetus kepada ketegangan yang berlaku khususnya membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Saya mengakui saya adalah orang di sebalik krisis ini. Saya berbuat demikan kerana wujudnya rasa takut yang tinggi dalam masyarakat di negara ini," katanya menerusi entri terbaharu di blog chedet.cc pada Khamis.

Menurut Dr Mahathir, banyak pihak mengetahui mengenai kerugian 1MDB malah ada diantara mereka melihat sendiri bukti mengenainya namun takut untuk tampil membuat pendedahan kerana mengetahui akibat yang bakal ditanggung.

"Jadi mereka datang kepada saya dan mereka minta saya 'buat sesuatu'. Saya mengambil masa yang lama kerana saya tahu jika salah laku 1MDB didedahkan, perdana menteri akan terbuka kepada pelbagai persoalan.

"Malah saya juga sudah melakukannya secara tertutup, tapi tak ada keputusan.

"Saya beritahu perdana menteri bahawa saya sudah tidak menyokongnya. Tak ada tindakan," katanya.

Sebelum ini Najib dilaporkan menunding jari terhadap Dr Mahathir kerana menimbulkan 'kekecohan' di dalam negara.

Menurut Najib, 'keadaan kucar kacir' yang ditimbulkan Dr Mahathir itu diburukkan lagi dengan pembohongan dan fitnah pembangkang.

Mengulas lanjut Dr Mahathir sebaliknya menyalahkan Najib berhubung krisis yang berlaku.

"Adakah terdapat krisis? Ya. Ia berlaku kerana perdana menteri mewujudkan 1MDB dengan melakukan pinjaman kewangan besar namun berhadapan kerugian jutaan ringgit.

"Krisis ini boleh berakhir dengan segera jika perdana menteri meletakkan jawatan dan membenarkan siasatan penuh dibuat terhadap pinjaman 1MDB bernilai RM42 bilion," katanya.

Selain itu Dr Mahathir sekali lagi meramalkan bahawa Barisan Nasional (BN) akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang.

Justeru katanya, beliau perlu bertindak sedemikian demi masa depan BN dan Umno.

"Saya perlu dedahkan secara terbuka. Najib sudah merosakkan Umno dan BN. Saya tahu beliau akan tewas dalam pilihan raya akan datang. Kemudiannya seluruh negara akan menyaksikan kekecohan kerana tidak ada parti yang mempunyai majoriti untuk mentadbir negara,

"Pembangkang tidak boleh kerana mereka berbalah sesama sendiri. Tanpa kerajaan yang kuat negara ini akan menjadi anarki," katanya.

Tags / Kata Kunci: Tun Mahathir Mohamad , Najib Tun Razak , 1MDB

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan