Siasatan Terhadap 1MDB Selesai - KDN

Diterbitkan: Khamis, 11 Jun 2015 1:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis sudah melengkapkan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kini pihak keselamatan itu sedang menunggu arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara, demikian dedah Kementerian Dalam Negeri di Parlimen.

Perkembangan itu merujuk kepada laporan polis yang dibuat bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Naib Pengerusi Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

"Laporan polis yang dibuat sebelum ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah oleh ejen," kata kementerian itu menerusi jawapan bertulis kepada Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dalam jawapan bertulis pada Khamis.

Turut dijelaskan bahawa kertas siasatan tersebut berada di Jabatan Peguam Negara sejak 9 Mac.

Tags / Kata Kunci: 1MDB

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan