"Siapa Zaid Untuk Kata Saya Pilih PAS Berbanding DAP?" - Azmin

Diterbitkan: Khamis, 11 Jun 2015 10:07 PM

Azmin Ali

Azmin Ali

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Azmin Ali membidas spekulasi bahawa beliau akan memilih PAS berbanding DAP yang sedang bermusuh dalam negeri yang ditadbir kerajaan Pakatan Rakyat itu.

Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim sebelum ini menulis di Twitter bahawa beliau percaya Azmin akan memilih parti Islam itu.

"Siapa dia untuk memberitahu tentang ini? Saya telah bekerja untuk Pakatan Rakyat selama bertahun-tahun dan ya, saya tidak berpura-pura bahawa tidak ada masalah.

"Tetapi sebagai pemimpin, saya fikir kita perlu menunjukkan kepimpinan dan saya akan bertemu dengan rakan-rakan saya dan kita akan membincangkan tentang bagaimana caranya untuk bergerak ke hadapan," kata Azmin kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco dan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor pada Khamis.


Ditanya mengenai permintaan tidak berhenti-henti oleh Pengerusi DAP Selangor Tony Pua untuk Azmin untuk memilih di antara partinya dan PAS dalam pentadbiran negeri, timbalan presiden PKR itu berkata beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu itu.

"Apa yang lebih penting adalah mendapatkan penyelesaian, dan kita juga perlu mengambil kira sentimen dan keadaan rakyat," kata Azmin.

Beliau berkata rakyat telah memberikan mandat besar kepada Pakatan  dalam dua pilihan raya lalu dan berharap pembangkang akan terus membuat perubahan besar di peringkat kebangsaan.

"Oleh itu, saya rasa kita perlu membincangkan cara terbaik yang membolehkan kita menerajui gabungan yang progresif, dan selaras dengan aspirasi rakyat, '' katanya.

PAS dan DAP telah bertelagah kerana parti Islam itu telah memperhebatkan usaha untuk memulakan hukum hudud di Kelantan tanpa berunding dengan dua lagi rakannya dalam Pakatan .

Keadaan itu diburukkan lagi apabila usul untuk memutuskan hubungan yang dengan DAP dalam muktamar baru-baru ini diluluskan.

Ini membawa kepada peletakan jawatan anggota PAS dari pentadbiran yang diketuai DAP di Pulau Pinang.

Sumber dalam dengan kerajaan Selangor berkata, PAS tidak akan melepaskan kedudukannya dalam pentadbiran negeri tanpa pertarungan sengit.
Tags / Kata Kunci: Azmin Ali , Datuk Zaid Ibrahim

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan