Pakatan Gagal Penuhi 'Impian' Malaysia - Berita Semasa | mStar

Pakatan Gagal Penuhi 'Impian' Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 11 Jun 2015 12:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: 'Impian' rakyat Malaysia musnah selepas Pakatan Rakyat gagal menjadi sebuah gabungan yang baik seperti yang dijangka banyak pihak, demikian menurut Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong.

"Impian untuk ramai rakyat Malaysia sebelum PRU-13 iaitu kemungkinan Pakatan menjadi gabungan yang lebih baik terbukti salah.

"Mereka menyembunyikan masalah sebelum pilihan raya...tapi sekarang mereka perlu berhadapan dengan realiti," katanya mengulas mengenai keretakan yang berlaku antara PAS dan DAP dalam pakatan pembangkang.

Walau bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, masih terlalu awal untuk menyatakan jika krisis Pakatan Rakyat akan memberi manfaat kepada MCA dan Barisan Nasional (BN).

"Masih terlalu awal kerana Pilihan Raya Umum ke-14 dua tahun lagi.

"Macam-macam perkara boleh berlaki walaupun pada malam sebelum hari pengundian. Oleh itu, kita perlu tunggu dan lihat," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Khamis.
Tags / Kata Kunci: Wee Ka Siong , BN , MCA , Pakatan Rakyat
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan