MOF Perlu Segera Lantik Firma Audit 1MDB

Diterbitkan: Khamis, 11 Jun 2015 5:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada Khamis mencadangkan supaya Kementerian Kewangan segera melantik firma pengauditan bagi mengaudit penyata kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi tahun berakhir 31 Mac 2015.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata berdasarkan prosiding yang dilakukan bersama Firma pengauditan Deloitte  and  Co semalam, mereka hanya bertanggungjawab mengaudit penyata akaun 1MDB yang berakhir 31 Mac 2014.

"Kini sudah Jun 2015 dan sepatutnya ada satu lagi akaun yang belum disediakan.

Bila kita bertanya kepada Deloitte semalam, mereka berkata tidak menerima arahan daripada pemegang kepentingan iaitu MOF (Kementerian Kewangan) untuk memulakan pengauditan.

"MOF sebagai pemegang kepentingan perlu melaksanakan tanggungjawab untuk mula mengarahkan pihak terbabit menjalankan pengauditan. Mereka perlu memanggil juruaudit secepat mungkin," katanya pada sidang media selepas mesyuarat PAC di Bangunan Parlimen.

Jelasnya, selepas pengauditan dilakukan Deloitte yang berakhir pada 31 Mac tahun lepas, ada 15 bulan yang memungkinkan berlaku pelbagai acara yang memerlukan seseorang untuk mengesahkannya.

Nur Jazlan berkata sebagai sebuah syarikat yang disenarai di Bursa Malaysia dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), 1MDB perlu memastikan penyata kewangan mereka sentiasa dikemas kini.

"Kini sudah 11 Jun, hampir tiga bulan dan sebagai syarikat senaraian awam, akaun syarikat sepatutnya dah disediakan. Saya jangkakan menjelang 30 Jun, akaun sepatutnya sudah sedia, namun semalam Deloitte berkata mereka tidak menerima arahan, dan sudah pasti mereka (1MDB) tidak menyediakan akaun untuk tiga bulan itu," katanya.

Dalam pada itu beliau turut menyangkal laporan media yang mengatakan pihaknya berpuas hati terhadap penjelasan yang diberikan Deloitte dalam prosiding semalam (Rabu).

"Saya tak kata kita puas hati dengan penjelasan mereka. Tetapi bila kita tanya mereka, mereka kata 'kami pertahankan pengauditan kami'...maknanya mereka mempertahankan penjelasan mereka setakat penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Mac 2014," katanya.

Tags / Kata Kunci: 1MDB

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan