Mi Segera Jenama Maggi Di Negara Ini Tidak Diimport Dari India

Diterbitkan: Khamis, 11 Jun 2015 12:03 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mi segera jenama Maggi yang dijual di negara ini dikeluarkan oleh kilang dalam negara dan tidak diimport dari India, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut beliau, verifikasi dilakukan kementerian ke atas program jaminan keselamatan makanan dilaksanakan kilang yang mengeluarkan mi segera itu mendapati pengurusan kilang telah mengambil segala langkah perlu untuk memastikan makanan yang dihasilkan adalah selamat.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan pada Rabu bagi mengulas isu pengharaman sementara penjualan mi segera jenama Maggi di India seperti yang dilaporkan beberapa media cetak dan elektronik semenjak kebelakangan ini.

Pengharaman sementara itu dibuat pihak berkuasa di India susulan penemuan kandungan logam berat plumbum melebihi had dibenarkan oleh undang-undang negara itu dalam mi segera jenama berkenaan.

Dr Noor Hisham berkata hasil pemantauan dijalankan kementerian terhadap mi segera pelbagai jenama di pasaran tempatan termasuk yang diimport mendapati bahawa tiada sampel dikesan mengandungi plumbum melebihi paras yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Sehubungan itu, beliau berkata orang ramai tidak perlu khuatir kerana aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan makanan sentiasa dijalankan bagi memastikan makanan di pasaran adalah selamat.

Tags / Kata Kunci: mi segera , maggie

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan