Lesen Diperlukan Untuk Jual Arak Di Kedai Ubat Cina - Azmin

Diterbitkan: Khamis, 11 Jun 2015 10:51 PM

Azmin Ali

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pengendali kedai perubatan tradisional Cina di Selangor tidak dilarang daripada menjual ubat-ubatan yang mengandungi alkohol.

Walau bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan untuk menjual minuman keras biasa tanpa memohon dan memperolehi lesen untuk berbuat demikian.

Menteri Besar Selangor Azmin Ali pada Khamis berkata pengendali kedai perubatan Cina telah diberikan kelulusan untuk menjual ubat-ubatan dengan kandungan alkohol.

"Apa yang tidak diberikan adalah menjual minuman keras biasa di mana di bawah undang-undang ia memerlukan lesen yang berasingan. Jadi, jangan kata kita mengharamkan penjualan minuman keras, '' kata Azmin sambil menambah adalah tidak adil untuk menuduh kerajaan negeri mengenakan larangan sepenuhnya.

Bulan lalu, Majlis Pelesenan Daerah Petaling telah mengharamkan penjualan arak di kedai-kedai ubat dan kedai ubat Cina di Petaling Jaya, Shah Alam dan Subang Jaya.

Beliau berkata pengusaha dewan perubatan boleh memohon lesen minuman keras yang berasingan jika mereka mahu menjual minuman keras di kedai mereka.

Azmin menambah operator dewan perubatan perlu mengemukakan permohonan mereka dan pihak berkuasa akan meneliti perkara itu kerana ia juga melibatkan Jabatan Kastam dan polis.

"Kami hanya mahu memastikan outlet-outlet mengikut prosedur. Lihat sahaja di kedai-kedai lain seperti pasar raya dan 7Eleven, mereka perlu mendapatkan lesen khas, '' kata Azmin.

Azmin berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pengusaha dewan perubatan, persatuan-persatuan yang mewakili mereka dan juga majlis pelesenan untuk melihat cara terbaik untuk menyelesaikan isu itu.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan