Pendaki Bogel: Kaminsky 'Pengganas Budaya'

Diterbitkan: Khamis, 11 Jun 2015 9:21 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Emil Kaminsky, seorang pelancong warga asing yang dipercayai berbogel di atas Gunung Kinabalu dikenali dengan tabiatnya yang suka memuat naik kandungan dan komen sensitif di blog dan media sosial.

Kaminsky mengendalikan blog pengembaraan yang dikenali sebagai 'Monkeetime'.

Selain gambarnya berbogel, media sosial seperti Facebook, Twitter dan YouTube miliknya turut mengandungi entri penghinaan terhadap agama dan budaya di negara-negara yang dia kunjungi.

Menamakan kumpulan sebagai Backpackers Behaving Badly, dia didapati turut gemar menyakitkan hati penduduk tempatan yang dilawatinya.

Sebelum berbogel di Gunung Kinabalu, Sabah, dia dikatakan melakukan perkara yang sama di Brunei dua tahun yang lalu apabila dia menghina sultan dan Islam.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun menasihati rakyat Malaysia supaya tidak terus bertindak balas dengan perbuatan lelaki berkenaan.

"Elak daripada menjadikan dia terkenal, dia memperoleh wang daripada kemarahan kita," tulisnya di Twitter.

Kaminsky dipercayai dibayar untuk menulis mengenai destinasi yang ditujunya.

Hasil semakan, terdapat beberapa gambar di Facebook menunjukkan imej lelaki berbogel dirakam daripada belakang di lokasi berbeza,

Namun tidak dapat dipastikan sama ada gambar berkenaan milik Kaminsky atau sebaliknya.

Seorang penulis kepada The Star menyifatkan dia sebagai 'pengganas budaya' yang sengaja memperkecilkan adat dan budaya orang lain.

Tags / Kata Kunci: Gunung Kinabalu

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan