Kalah Dalam Pemilihan, Kumpulan Bukan Ulama Pilih 'Jauhi' Jawatankuasa PAS Pusat

Diterbitkan: Khamis, 11 Jun 2015 5:22 PM

Hanipa Maidin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin PAS dari kumpulan bukan ulama yang kalah dalam pemilihan baru-baru ini tidak berminat untuk dilantik memegang jawatan dalam Jawatankuasa PAS Pusat.

Hanipa Maidin berkata sudah tiba masanya untuk kepimpinan baharu yang didominasi oleh kumpulan pro-ulama membuktikan kemampuannya tanpa perlu berdepan sebarang bentuk 'gangguan'.

"Saya tidak akan menerima tawaran (untuk jawatan tertentu) kerana saya mahu memberi peluang kepada barisan baharu untuk membuktikannya kemampuan mereka sendiri. Kami tidak mahu kacau mereka," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Khamis.

Ahli Parlimen Sepang itu yang juga bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata beliau tidak berpuas hati terhadap cara di mana pemimpin dari kumpulan progresif 'ditendang keluar' dari jawatan mereka semasa pemilihan parti baru-baru ini.

"Ia benar-benar menghina. Dengan adanya 'chai', anda tahu, saya tidak fikir ia adil untuk mana-mana parti menendang keluar mana-mana pemimpin tanpa mengambil kira prestasi dan pengalaman, " katanya.

Beliau merujuk kepada 'chai', atau senarai calon pro-ulama dan bukan ulama-yang diedarkan kepada para perwakilan sebelum pemilihan parti pada 4 Jun.

Datuk Dr Mujahid Yusof juga menunjukkan bahawa beliau akan menolak sebarang tawaran jawatan dalam Jawatankuasa PAS pusat.

"Saya belum lagi diberitahu tentang hal itu, dan saya tidak tahu jika saya telah dilantik. Tetapi jika saya dilantik, saya akan menolak, " kata Ahli Parlimen Parit Buntar.

Dr Hatta Ramli, yang telah berulang kali dituduh oleh puak pro-ulama sebagai punca di sebalik plot untuk menggulingkan Presiden parti hanya ketawa apabila diminta mengulas.

"Soalan ini membuatkan saya kelihatan 'perasan'. Tetapi tidak ada tawaran seperti itu dan kita tidak mengharapkan apa-apa.

"Kecuali jika mereka mahu menawarkan saya jawatan presiden, maka saya tidak akan menolak yang itu," katanya berjenaka, sambil menambah beliau akan mengumumkan keputusannya apabila jawatan itu benar-benar ditawarkan.

Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan bekas Timbalan Ketua Muslimat PAS Dr Siti Mariah Mahmud tidak terfikir bahawa beliau akan ditawarkan sebarang jawatan.

"Jika mereka melantik saya, saya memilih untuk menumpukan perhatian kepada kawasan saya," kata Ahli Parlimen Kota Raja itu.

Bekas Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar bagaimanapun, memilih untuk tidak mengulas lanjut terhadap perkara yang belum jelas.

"Tidak, saya tidak menerima sebarang surat," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Kepimpinan baharu PAS telah berkata bahawa beberapa pemimpin yang kalah akan ditawarkan enam jawatan dalam Jawatankuasa PAS pusat.

Jawatan yang akan dilantik termasuklah setiausaha agung dan ketua penerangan.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan