Gangguan Air Berjadual Di Wilayah Petaling 16 Jun - 1 Julai

Diterbitkan: Khamis, 11 Jun 2015 4:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Wilayah Petaling akan mengalami gangguan air berjadual berikutan kerja menaik taraf sistem bekalan air bermula 15 Jun sehingga 1 Julai.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan berkata gangguan akan berlaku pada pukul 9 malam sehingga 3 pagi keesokan harinya.

Menurutnya gangguan pada Isnin (15) Jun berikutan kerja pemasangan Injap Altitude dan Fitting di Kolam Sedut Sungai Penchala dan TTDI A.

Antara kawasan yang terlibat ialah Kampung Sungai Penchala, Pinggiran TTDI, Bukit Lanjan, Kampung Palimbayan, keseluruhan Jalan Rahim Kajai, keseluruhan Jalan Datuk Sulaiman, keseluruhan Jalan Burhanuddin Helmi, keseluruhan Jalan Abang Hj Openg, keseluruhan Jalan Atinahapan, keseluruhan Jalan Aminudin Baki, keseluruhan Jalan Tun Mohd Fuad, keseluruhan Jalan Wan Kadir, keseluruhan Jalan Zaaba dan keseluruhan persiaran Zaaba.

Gangguan seterusnya pada 23 Jun bagi kerja Menaiktaraf Sistem Retikualasi Bekalan Air (pengaktifan Zon 'Air Scouring') untuk Program Peningkatan Kualiti Air di Seksyen 14 dan Seksyen 22, Petaling Jaya.

Kawasan yang terlibat ialah Jalan 51/227; Jalan 51/227A hingga jalan 51/227C; Jalan 14/47 hingga Jalan 14/462; Jalan 14/64; Jalan 22/34, 22/34A, 22/36, 22/38, 22/40, 22/42, 22/42A, 22/45, 22/47, 22/49, 22/51, 22/53, 22/55 dan 22/57.

Gangguan pada 30 Jun bagi kerja Menaiktaraf Sistem Retikualasi Bekalan Air (pengaktifan Zon 'Air Scouring') untuk Program Peningkatan Kualiti Air akan dilakukan di SS 2, Petaling Jaya.

Kawasan yang terlibat ialah SS 2/2 hingga SS 2/8, SS 2/8A, SS 2/9 hingga SS 2/15, SS 2/15A, SS 2/16 hingga SS 2/21, SS 2/22A, SS 2/23, SS 2/25 dan SS 2/45.

Sementara itu, Syabas memaklumkan kemudahan aplikasi mySYABAS dan laman web www.syabas.com.my termasuk portal perkhidmatan pengguna akan mengalami gangguan sementara bermula 6 petang sehingga 9 malam esok.

"Gangguan sementara ini disebabkan kerja penyelenggaraan berkala yang dilakukan ke atas server pangkalan data Syabas bagi tujuan menambah baik dan menaik taraf sistem," katanya.

Bagaimanapun talian bebas tol Pusat Perhubungan Syabas (PUSPEL) iaitu 1-800-88-5252 beroperasi seperti biasa.
Tags / Kata Kunci: Syabas , gangguan bekalan air

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan