Tiada Gempa Bumi, Tsunami Landa Pahang - METMalaysia

Diterbitkan: Rabu, 10 Jun 2015 5:49 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pada Rabu menegaskan tiada kejadian gempa bumi dan tsunami akan melanda Pahang dalam tempoh 36 jam.

Dalam kenyataannya pada Rabu, jabatan tersebut menafikan khabar angin mengenai perkara itu yang tersebar di media sosial, baru-baru ini.

"Khabar angin mengenai kejadian gempa bumi dan tsunami yang akan melanda Pahang dalam tempoh masa 36 jam seperti yang tersebar di media sosial adalah tidak benar sama sekali," menurut kenyataan yang dikeluarkan jabatan tersebut pada Rabu.

Sehubungan itu, METMalaysia menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai sebarang nasihat atau amara yang disebarkan melalui media sosial.

Sebarang pengesahan maklumat boleh merujuk laman sesawang laman sesawang http://www.met.gov.my atau mobile web rasmi m.met.gov.my, facebook https://www.facebook.com/malaysiamet, twitter https://twitter.com/malaysianmet atau hotline MetMalaysia di talian 1300 22 1MET (1638).


Tags / Kata Kunci: METMalaysia , tsunami , gempa bumi , Pahang

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan