SPRM Pamer Nama 726 Pesalah Rasuah Dalam Pangkalan Data

Diterbitkan: Rabu, 10 Jun 2015 8:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga kini mempamerkan nama 726 orang yang disabitkan dengan kesalahan rasuah di seluruh negara dalam pangkalan datanya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Seri Zakaria Jaafar berkata langkah itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan SPRM untuk memerangai rasuah dan sebagai pengajaran kepada orang lain.

Katanya, orang ramai boleh mengakses pangkalan data yang diwujudkan dalam laman sesawang SPRM pada 2011 itu di bawah tajuk 'Name And Shame'.

Beliau berkata, bagi tahun ini, hampir 100 nama dimasukkan ke laman itu hingga Mei.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pejabat baharu SPRM berharga RM24.3 juta di sini Rabu.

Katanya, nama pesalah itu akan dipamerkan selama tiga tahun sebelum diganti dengan nama pesalah lain.

 
Sementara itu, Zakaria berkata SPRM menubuhkan 14 mahkamah khas di seluruh negara sejak 2011 bagi mempercepatkan perbicaraan kes rasuah.

"Tidak banyak negara di dunia berbuat begini. Kami berbangga dengannya kerana ia memberi imej positif kepada kami, di samping membantu kami mendapatkan keyakinan orang ramai.

"Pada 2009, kami hanya mendapat 39 peratus keyakinan orang ramai dan ia meningkat secara beransur-ansur kepada 68 peratus tahun lepas.

"Tahun ini, sasaran kami ialah 70 peratus," katanya.

Zakaria berharap orang ramai dan media akan terus memberi sokongan penuh mereka kepada SPRM dalam usahanya memerangi rasuah.

Tags / Kata Kunci: SPRM , Zakaria Jaafar

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan