Batu-Batu Gunung Kinabalu Runtuh Didengari Penduduk Kg Kiau Nuluh

Diterbitkan: Rabu, 10 Jun 2015 8:54 PM

Sebahagian penduduk Kampung Kiau Nuluh memerhati keadaan lereng Gunung Kinabalu yang mengalami kejadian runtuhan petang Rabu.-fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BELUD: Kira-kira 750 penduduk Kampung Kiau Nuluh di sini terkejut dan panik apabila tiba-tiba terdengar dentuman kuat seperti guruh tidak henti-henti dari arah lereng Gunung Kinabalu hampir sejam hingga akhirnya kesemua mereka meninggalkan rumah masing-masing pada Rabu.

Menurut penduduk kampung itu, Lucy Suin, 32, kira-kira pukul 1.00 tengah hari Rabu dentuman kuat berserta bunyi seperti helikopter berlegar itu menyebabkan beliau, yang masih trauma dengan kejadian gempa bumi 5 Jun lalu, segera ke kawasan lapang.

"Ingatkan helikopter sedang berpusing, rupa-rupanya batu-batu sedang jatuh dari atas gunung dan kami dapat melihat banyak perubahan di kaki gunung yang dahulunya penuh dengan hutan kini sudah berubah (gondol). 

"Pada 5 Jun tidak ada macam ini. Sekarang memang kita boleh lihat dengan jelas (botak)," katanya kepada Bernama di kampung berkenaan.
Kampung Kiau Nuluh, 10 kilometer dari Taman Kinabalu, terletak berhampiran dengan bahagian selatan gunung itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Kiau Nuluh, Sadib Miki, 47, berkata beliau yang baharu sahaja balik dari tugasan luar terkejut apabila penduduk kampung sudah berkumpul di rumahnya.

Sadib berkata, penduduk kampung memberitahunya terdapat gegaran kecil yang dirasai serta kedengaran bunyi dentuman kuat yang menakutkan.

"Saya pun terkejut...mereka kata mereka terlalu takut dengar bunyi runtuhan dan ada sedikit gegaran," kata beliau.

Katanya melihat kepada kejadian hari ini serta gempa bumi pada 5 Jun lalu yang menyebabkan lebih 40 buah rumah mengalami kerosakan, beliau memohon pihak berkuasa agar menjalankan siasatan sama ada kawasan kampung mereka masih selamat didiami.

Menurutnya pihak penduduk bersikap terbuka dan akan menerima apa sahaja saranan para pakar kaji bumi berhubung masa depan kampung berkenaan.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Sinail Dunsun, 46, menceritakan bahawa sebaik kedengaran runtuhan batu-batu yang kuat, beliau terus keluar dari rumah dalam keadaan tergesa-gesa.

Katanya, kejadian seperti ini tidak pernah dialaminya sejak lebih 40 tahun menetap di kampung ini.

"Memang sangat menakutkan dan apabila saya melihat Gunung Kinabalu seolah-olah telah digondol, dahulunya di bawah gunung itu banyak hutan-hutan tetapi sekarang nampak tanah sahaja.

Dalam pada itu, wartawan Bernama yang berada di lokasi ini masih dapat merasakan beberapa gegaran kecil yang menggoncang atap zink gereja Katolik St.
Ireneus.

Pihak bomba dilihat sudah berada di kampung ini untuk memantau situasi.
Tags / Kata Kunci: gempa Sabah

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan