Gempa Bumi Tidak Jejas Pelancongan Sabah - Nazri

Diterbitkan: Rabu, 10 Jun 2015 10:42 PM

Mohamed Nazri Abdul Aziz.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberi jaminan bahawa kejadian gempa bumi baru-baru ini tidak menjejaskan pelancongan di Sabah. 

Katanya, hanya aktiviti mendaki Gunung Kinabalu dihentikan sementara selama dua minggu bagi proses pembersihan di kawasan yang terjejas akibat gempa.

"Tetapi program dalam kalendar akan berjalan seperti biasa," katanya ketika sidang media pelancaran program 'Pameran Relik-relik Suci Rasulullah Muhammad (S.A.W.) di lobi Parlimen di sini, Rabu. 

Pada Jumaat lepas, gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau pada pukul 7.15 pagi dengan gegaran dirasai di kebanyakan kawasan di pantai barat Sabah.

Gempa bumi itu mengorbankan 18 orang - 14 pendaki dan empat malim gunung.

Ketika diminta mengulas mengenai wabak Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) dengan kedatangan pelancongan dari Korea, Mohamed Nazri berkata ia tidak akan mendatangkan jangkitan kerana setiap pelancong dari luar negara, yang tiba di negara ini akan disaring sebelum dibenarkan berada di sini.

Menurut laporan media tempatan di Seoul, sejak kes MERS-CoV dikesan pada 2 Jun lalu sehingga Jumaat lepas, 41 kes disahkan positif dengan empat kematian, manakala jumlah penduduk yang dikuarantin mencecah 1,660 orang.

Mengenai majlis pelancaran relik itu, Mohamed Nazri berkata sebanyak 25 relik barangan Nabi Muhammad dan para sahabat akan dibawa ke Malaysia dan dipamerkan di Muzium DiRaja di Jalan Istana, di sini, selama 14 hari bermula 27 Julai.

"Antara barangan lain yang akan dibawa seperti helaian rambut dan janggut Nabi Muhammad, kasut, baju, bekas tapak kaki dan beberapa barangan para sabahat dan ahli keluarga Baginda.

"Masuk ke pameran tidak dikenakan bayaran. Ini khusus untuk negara kita sebagai penghargaan dari Istana Al Ansar di Abu Dhabi," katanya.

Pameran tersebut merupakan inisiatif bersama kementeriannya dengan TexstarOil Group selaku penganjur eksklusif.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan