PAS Hanya Main-Main Sahaja - Guan Eng

Diterbitkan: Rabu, 10 Jun 2015 4:36 PM

Lim Guan Eng.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng percaya PAS tidak serius mengenai ancamannya untuk memutuskan hubungan dengan DAP kerana parti Islam itu tidak pernah meminta wakilnya di Pulau Pinang untuk meletak jawatan daripada kerajaan negeri.

"Situasi pada hari ini, selagi parti itu tidak meminta wakilnya untuk meletak jawatan, mereka hanya main-main sahaja," katanya.

Beliau menjelaskan kerajaan negeri itu tidak akan memecat wakil PAS daripada jawatan mereka.

Tambah Lim, walaupun wakil PAS akan meletak jawatan, tindakan itu tidak akan menjejaskan pentadbiran kerajaan Pulau Pinang.

"DAP dan PKR mempunyai 29 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Jadi kami masih mempunyai majoriti selesa," katanya.

Beliau mendakwa PAS menjejaskan perpaduan antara parti komponen dalam Pakatan Rakyat.

"Ia adalah jelas bahawa PAS memusnahkan Pakatan," dakwa Lim.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata tiada keperluan untuk mengadakan muktamar khas atau EGM untuk membahaskan usul supaya PAS memutuskan hubungan dengan DAP.

"Muktamar PAS bersetuju dan membuat keputusan, kini segalanya terserah kepada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura untuk memuktamadkannya," kata Mahfuz kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Rabu.

Beliau mengakui keputusan pada muktamar lalu menyebabkan situasi kerajaan di Selangor tidak stabil tetapi menegaskan tidak akan berpatah balik.

"Dewan Ulama telah mengkaji usul itu secara terperinci sebelum membawa usul berkenaan," katanya.

Tags / Kata Kunci: PAS , DAP , EGM , Dewan Ulama

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan