Gempa Sabah: Keluarga Kenal Pasti Mayat Warga China, Jepun - Berita Semasa | mStar

Gempa Sabah: Keluarga Kenal Pasti Mayat Warga China, Jepun

Diterbitkan: Rabu, 10 Jun 2015 8:21 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Mayat warga China dan Jepun yang terkorban dalam gempa bumi di Gunung Kinabalu pada Jumaat lalu telah dikenal pasti oleh keluarga mereka.

Mangsa dikenal pasti sebagai warga China, Liqu, 35, dan Ozaki Masahiro, 29, dari Jepun.

Pengarah Hospital Queen Elizabeth, Dr Heric Corray berkata mayat warga China itu dituntut kira-kira pukul 1 petang Rabu selepas proses pengecaman oleh keluarga mangsa.

Katanya, mayat lelaki warga Jepun itu pula dikenal pasti oleh keluarganya pada sebelah pagi Rabu.

"Kami sudah melakukan bedah siasat ke atas mayat warga Jepun itu dan mengenal pasti trauma tumpul sebagai punca kematiannya," kata Dr Heric.

Tags / Kata Kunci: mayat , gempa Sabah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan