Denda RM1 Juta Premis Perniagaan Tiada Sijil Halal Guna 'Bufet Ramadan'

Diterbitkan: Rabu, 10 Jun 2015 11:40 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Premis perniagaan makanan yang tiada sijil halal dan menggunakan istilah 'bufet Ramadan' boleh dikenakan denda maksimum RM1 juta di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (Takrifan Halal), kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak Datuk Mohd Nizar Zakaria.

Sehubungan itu, katanya pengusaha premis makanan diingatkan agar mendapatkan sijil halal dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) jika mahu menggunakan 'bufet Ramadan" untuk promosi juadah berbuka puasa.

"Beberapa hari lagi umat Islam di negara kita bakal menyambut bulan Ramadan, sudah pasti banyak premis perniagaan akan mempromosi juadah berbuka puasa.
 
"Di sini saya ingin menegaskan khususnya kepada pemilik dan pengusaha restoran atau premis makanan yang mahu menyediakan perkhidmatan majlis berbuka puasa, saya minta jangan sesekali mereka letak atau pamer 'bufet Ramadan' dalam bentuk iklan, sedangkan mereka tidak ada sijil halal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pematuhan Halal anjuran Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di Seri Iskandar di sini, Rabu.

Mohd Nizar turut menggesa orang awam untuk lebih berhati-hati dan peka mengenai helah yang digunakan pengusaha makanan melalui iklan bagi mempromosi juadah berbuka puasa.
 
Beliau berkata pengguna boleh merujuk kepada Bahagian Penyelidikan JAIP jika ada sebarang keraguan dan kekeliruan terhadap pemilikan sijil halal di mana-mana premis dan pengusaha makanan yang mempamerkan 'bufet Ramadan".

"Orang ramai boleh membuat semakan dengan melayari laman sesawang rasmi sistem pensijilan halal Malaysia, MYeHalal," katanya.

Sementara itu, mengulas isu penarikan sijil halal Syarikat PCK Processing and Marketing Enterprise yang beroperasi di Seri Manjung oleh JAIPk pada 1 Jun, beliau berkata syarikat itu telahpun memohon semula sijil berkenaan pada minggu lepas.

Beliau berkata pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi meneliti serta memantau perkembangan semasa aktiviti syarikat itu.
Tags / Kata Kunci: sijil halal , bufet Ramadan

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan