Banjir Kilat Di Hadapan IOI Mall

Diterbitkan: Rabu, 10 Jun 2015 11:33 PM

Banjir kilat dihadapan IOI Mall.

(Ubah saiz teks)

PUCHONG: Banjir kilat melanda Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), berhadapan IOI Mall Puchong berikutan hujan lebat di Lembah Klang pada Rabu.

Kedua-dua laluan di lebuhraya tersebut terjejas teruk dengan laluan di tengah dan kiri jalan ditenggelami air.

Keadaan itu menyebabkan kenderaan terpaksa menggunakan kanan jalan untuk melalui kawasan tersebut.

Pusat membeli belah IOI Mall turut tidak terkecuali dengan tempat letak kereta bawah tanah ditenggelami air manakala beberapa kedai di luar turut terjejas.

Beberapa keping gambar yang merakamkan keadaan itu disiarkan oleh pengguna Internet di laman Facebook dan kumpulan WhatsApp.

Banjir kilat itu menyebabkan kesesakan teruk di sepanjang LDP dan Lebuhraya Sprint.

Konsesi LDP, Lingkaran Trans-Kota (Litrak) berkata hujan lebat menyebabkan paras air di Sungai Klang meningkat.

Ia menyebabkan sistem saliran berhampiran IOI Mall melimpah.

"Pemeriksaan serta merta ke atas sistem saliran kerosakan mendapati beberapa saliran di IOI Mall dan tapak pembinaan LRT untuk Stesen 6 dipenuhi lumpur dan perlu dibersihkan dengan kadar segera," menurut syarikat konsesi tersebut dalam satu kenyataan.

Tags / Kata Kunci: banjir kilat , IOI Mall , LDP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan