Anggota Rela Perkenal 'Peraturan Sarong' Dipindahkan

Diterbitkan: Rabu, 10 Jun 2015 1:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Rela yang bertindak keterlaluan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu bertanggugjawab apabila mengarahkan seorang wanita, Suzanna GL Tan memakai kain sarong bagi menutup bahagian kakinya.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Ab Aziz Kaprawi berkata pengawal itu telah dipindahkan ke bahagian lain.

"Dia bertindak sendirian dan bukan dengan arahan JPJ," katanya pada Rabu.

Ab Aziz berkata pejabat JPJ mempunyai garis panduan yang sama mengenai etika berpakaian seperti yang dikeluarkan kepada semua jabatan kerajaan.

Beliau bagaimanapun berkata tindakan drastik tidak harus dilaksanakan sekiranya ada pihak yang gagal mematuhui peraturan tersebut.

Sebelum ini, gambar Tan memakai kain sarong di pejabat JPJ bagi memenuhi etika berpakaian yang dimuat naik ke Facebook menjadi viral.

Dia diarah berbuat demikian kerana memakai skirt di atas paras lutut.

Tags / Kata Kunci: Peraturan Sarong , JPJ , Suzanna GL Tan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan