1MDB Nafi Buat Pinjaman RM2 Bilion Daripada AmanahRaya

Diterbitkan: Rabu, 10 Jun 2015 8:14 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada Rabu menafikan ia membuat pinjaman RM2 bilion daripada AmanahRaya Bhd.

"Dakwaan oleh anggota parlimen pembangkang bahawa 1MDB membuat pinjaman RM2 bilion daripada AmanahRaya Bhd adalah tidak benar," kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Arul Kanda Kandasamy dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan bahawa 1MDB tidak mempunyai urusan kewangan, termasuk meminjam, dengan AmanahRaya.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, AmanahRaya turut menafikan wujudnya transaksi seperti didakwa antara kedua-dua pihak.

"AmanahRaya menegaskan bahawa laporan media itu tidak berasas dan berniat jahat. Kami menafikan AmanahRayapernah meluluskan pinjaman kepada 1MDB."

"Kami menegaskan bahawa AmanahRayasentiasa mematuhi tadbir urus yang ketat dalam semua urusan kami menerusi kelulusan oleh jawatankuasa pelaburan dan lembaga pengarah," katanya.

AmanahRaya berkata ia memandang berat tuduhan tidak berasas dan berniat jahat terhadapnya dan tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang bagi melindungi perniagaan dan reputasinya.

Ia juga menafikan dakwaan bahawa Pengerusi AmanahRaya Dusuki Ahmad digantikan dengan Reezal Merican Naina Merican disebabkan isu berkaitan dakwaan pinjaman itu.

"Pelantikan pengerusi dilakukan menerusi proses pelantikan yang biasa," katanya.

AmanahRaya ialah syarikat pemenang amanah utama di Malaysia.

Ia telah  memberi perkhidmatan selama 90 tahun dan merupakan peneraju pasaran dalam pengurusan amanah, pewarisan dan perkhidmatan wasiat.


Tags / Kata Kunci: 1MDB , AmanahRaya

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan