Tiada Pelencongan Dana Untuk Peroleh Jet Kerajaan - Najib - Berita Semasa | mStar

Tiada Pelencongan Dana Untuk Peroleh Jet Kerajaan - Najib

Diterbitkan: Selasa, 9 Jun 2015 11:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiada dana yang dikhususkan bagi keselamatan di Sabah telah dilencongkan atau dikurangkan untuk pembelian jet kerajaan.

"Keselamatan di Sabah tiada kaitan langsung dengan pembelian jet rasmi,"katanya dalam ruangan soalan lazim yang ditanya dalam blog beliau najibrazak.com bagi menjawab soalan berkaitan pembelian kapal terbang itu ketika negara berdepan dengan isu keselamatan di Sabah.

Perdana Menteri berkata oleh kerana kerajaan prihatin dengan soal keselamatan, ia telah mewujudkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) untuk meningkatkan kawalan di sempadan Sabah, mengerahkan lima batalion terdiri daripada polis dan tentera untuk memantapkan kawalan di kawasan timur Sabah.

Esscom, katanya memastikan keselamatan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) meliputi 10 daerah di timur Sabah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Najib berkata walaupun Esscom telah berjaya mencegah pencerobohan baharu, penculikan terus menjadi ancaman terhadap keselamatan.

"Situasi ini kekal rumit susulan pemberontakan di selatan Filipina dan sempadan maritim Malaysia yang luas.

"Kerajaan telah meningkatkan rondaan dan operasi di seluruh kawasan berkenaan dan akan terus berbuat demikian," katanya.

Najib menegaskan penculikan telah berlaku selama beberapa dekad tetapi tidak banyak yang telah dilakukan sebelum ini.

"Pendek kata, inilah situasi keselamatan yang saya warisi dan pengganas pilih untuk eksploitasi," katanya dan menurutnya pencerobohan di Lahad Datu oleh warga asing menunjukkan betapa lemahnya keselamatan negara pada ketika itu.

Kerajaan, katanya komited untuk menghalang perkara itu daripada berulang.

"Kita juga akan senantiasa terhutang budi kepada semua yang telah mengorbankan nyawa mereka untuk mempertahankan dan melindungi kedaulatan negara kita," katanya.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , Jet Kerajaan
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan