JPJ Tidak Ada Peraturan 'Sarong' - Liow - Berita Semasa | mStar

JPJ Tidak Ada Peraturan 'Sarong' - Liow

Diterbitkan: Selasa, 9 Jun 2015 5:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menjelaskan tidak ada sebarang peraturan yang dibuat mengenai pemakaian kain sarong di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setakat ini.

Liow membuat kenyataan tersebut berikutan satu posting di laman sosial Facebook oleh Suzanna G.L Tan yang mendakwa dia dipaksa memakai sarong atau tidak akan dilayan oleh JPJ.

"Saya berasa kecewa apabila isu mengenai etika berpakaian ini berlaku.

"Tiada sebarang peraturan dibuat mengenai pemakaian kain sarong dan kita tidak patut mengenakan panduan etika berpakaian yang kurang sesuai kepada orang ramai," kata Liow menerusi laman sosial Facebook rasminya pada Selasa.

Liow juga berkata, Kementerian Pengangkutan telah mengarahkan agar siasatan dijalankan dengan segera untuk mengambil tindakan seterusnya.

"Kita perlu mengkaji semula garis panduan yang sedia ada," kata Liow lagi.

Suzanna memberitahu The Star, seorang pegawai memberikan kain sarong kepadanya di pejabat JPJ cawangan Wangsa Maju di Gombak pada Isnin.

"Mereka menyerahkan kain tersebut kepada saya dan saya percaya borang pemindahan saya tidak akan ditandatangani sekiranya saya membuat kekecohan di situ," katanya.

Dalam postingnya, Suzanne menunjukkan gambar dia memakai skirt di atas paras lutut.

Satu lagi gambar menunjukkan dia memakai kain sarong semasa berada di kaunter JPJ.

Tags / Kata Kunci: sarong , JPJ
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan