Gempa Sabah: Kenangan Robbie Diabadikan Dalam Dokumentari

Diterbitkan: Selasa, 9 Jun 2015 12:06 PM

Robbi Sapinggi.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Walaupun malim gunung, Robbi Sapinggi sudah pergi buat selama-lamanya, namun dia akan terus 'hidup' dalam sebuah dokumentari yang dihasilkan pengarah filem dari Sabah, Cath Jayasuriya.

Dokumentari pendek bertajuk 'Dusty's Trail: Summit of Borneo' merupakan projek 2013 yang menonjolkan perjalanan kehidupan anak lelaki Jayasuriya yang bergelut dengan penyakit distrofi otot Duchenne (DMD).

DMD adalah sejenis penyakit otot dimana otot menjadi lemah disebabkan sistem badan yang tidak dapat menghasilkan protein kepada otot yang dihidapi seorang daripada 3,500 kanak-kanak lelaki di dunia.

Robbi terlibat dalam sebahagian daripada dokumentari itu di mana beliau memainkan peranan penting pada empat tahun lalu dalam membimbing para pendaki dari seluruh dunia yang menyertai Ekspedisi Gunung Kinabalu.

Ekspedisi tersebut merupakan satu acara amal untuk mengumpul dana bagi meningkatkan kesedaran mengenai penyakit DMD.

Sebagai individu yang bertanggungjawab sebagai malim gunung setiap tahun, Robbi pernah terlibat dalam acara pendakian tahunan Coalition Duchenne, yang menyaksikan penyertaan 110 pendaki pada tahun lalu.

"Robbi menyokong pendakian amal saya dan beliau memahami mengapa saya melakukannya," kata Jayasuriya, 52.

Anak lelakinya, Dustry Brandom turut bersedih apabila tidak dapat bertemu dengan individu yang kehebatannya hanya didengari sejak 2011.

"Saya sentiasa mahu mendaki dengan anak-anak saya tetapi anak lelaki sulung saya, Dusty tidak boleh menyertainya. Oleh sebab itu, saya memutuskan untuk mewujudkan Ekspedisi Gunung Kinabalu deminya dan juga kanak-kanak lelaki yang menghidap DMD," kata Jayasuriya.

Mengimbau kembali kenangan bersama Robbi, keluarga tersebut akan menonton semula dokumentari tersebut terutamanya babak Robbi menyanyikan lagu Tinggi Tinggi Kinabalu bersama bapanya, Sapinggi Ladsou.

"Ia membuatkan kami tersenyum. Robbi seorang yang suka berjenaka," kata Jayasuriya yang mendaki Gunung Kinabalu sebanyak lapan kali.





Tags / Kata Kunci: Robbi Sapinggi , dokumentari , DMD

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan