Kuaters Retak, Keluarga Polis Tidur Dalam Khemah

Diterbitkan: Selasa, 9 Jun 2015 1:38 PM

(Ubah saiz teks)

RANAU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa meluangkan masa melawat anggota keluarga polis yang terpaksa tidur di dalam khemah selepas berlaku retakan kuarters yang mereka huni di Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau akibat gempa bumi Jumaat lepas.

Najib yang diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meluangkan masa 30 minit melihat sendiri keretakan di bahagian bawah satu daripada kuarters yang mengalami keretakan itu.

Beliau kemudian berjumpa dengan beberapa anggota keluarga polis yang tinggal di dalam khemah sebelum meneruskan lawatan beliau ke Taman Kinabalu di Kundasang bagi mendengar taklimat bencana dan penyerahan bantuan kepada mangsa dan waris gempa bumi.

Terdapat enam kuarters anggota polis di sini dan tiga daripadanya mengalami kesan retakan teruk akibat gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter pada Jumaat lepas yang melanda Ranau dan beberapa daerah lain.

Berikutan itu ada antara keluarga polis itu tidak yakin keselamatan mereka untuk tidur di rumah pada waktu malam.

Terdapat 30 keluarga mengambil keputusan untuk tidur di dalam khemah yang didirikan di kawasan lapang berhampiran kuarters tersebut.

Theresa Anak Edward Radin berkata mereka menghargai kehadiran Perdana Menteri untuk melihat sendiri kesan gempa bumi dan bertanyakan khabar mereka.

Beliau berkata dia bersama suami dan tiga anak, mengambil keputusan untuk tidur di dalam khemah disebabkan masih bimbang dengan keselamatan mereka jika tidur di rumah mereka yang terletak di tingkat tiga satu daripada kuarters anggota polis itu.

"Saya masih trauma dengan kesan gempa bumi sehingga hari ini dan belum yakin untuk tidur di rumah," katanya.

Isteri kepada anggota polis bertugas di Bahagian Narkotik itu berkata ini adalah kali kedua dia merasai gegaran gempa bumi sejak tinggal di kuarters itu sejak lapan tahun lepas.

Menurutnya kali pertama pada tahun lepas tetapi tidak melibatkan sebarang kerosakan dan kesan yang teruk.

Theresa berkata dalam kejadian gempa bumi pada Jumaat lepas, dia bersama suami, tiga anak mereka berusia 12, 11 tahun dan 10 bulan berada di rumah.

Katanya sebaik gegaran tidak berlaku, mereka bergegas turun ke bawah kerana risaukan keselamatan mereka jika terus berada di dalam rumah.

Tags / Kata Kunci: Gempa Bumi , Sabah , Ranau

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan