25,277 Pelajar Dapat Pengecualian Bayar Balik PTPTN

Diterbitkan: Selasa, 9 Jun 2015 1:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 25,277 pelajar yang memperoleh ijazah kelas pertama diberi pengecualian bayaran balik pinjaman oleh Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga 31 April lalu, kata Timbalan Menteri Pendidikan Kedua P. Kamalanathan.

Kamalanathan berkata pengecualian tersebut diberikan kepada pelajar yang memenuhi syarat dengan melengkapkan beberapa borang dan dokumen dikehendaki kepada PTPTN.

"Bagi pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama, borang permohonan pengecualian boleh diisi secara online di laman sesawang PTPTN dengan menyertakan dokumen dikehendaki secara lengkap," katanya ketika menjawab soalan tambahan Anuar Abdul Manap (BN-Sekijang) pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Anuar ingin tahu berapa ramai pelajar telah diberi pengecualian pinjaman PTPTN dan cara-cara untuk mendapat pengecualian tersebut.

Menjelas lanjut Kamalanathan berkata kerajaan akan meneruskan langkah memberikan pengecualian tersebut sebagai cara menghargai pelajar cemerlang dan langkah memberikan pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia.

Terdahulu, menjawab soalan asal Sim Chee Keong (DAP-Bukit Mertajam), Kamalanathan berkata sehingga 31 Dis tahun lalu, sebanyak 1,627,731 peminjam perlu membayar balik pinjaman berjumlah RM12.64 bilion.

"Daripada jumlah tersebut, seramai 1,046,550 atau 64.28 peratus telah membayar balik pinjaman dengan amaun kutipan RM5.69 bilion.

"Seramai 581,181 peminjam masih gagal membayar pinjaman dengan amaun tertunggak kira-kira RM4.51 bilion," katanya.

Tambahnya, bagi tempoh sama 134,644 peminjam disenarai hitam dari meninggalkan negara oleh Jabatan Imigresen.

"Bagaimanapun 49,968 peminjam telah datang bincang dan buat bayaran, justeru kini baki peminjam yang masih disenarai hitam 84,696 orang," katanya.

Tags / Kata Kunci: PTPTN

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan