Dua Malim Gunung Terkorban Pernah Lihat Pelancong Bogel

Diterbitkan: Selasa, 9 Jun 2015 8:20 AM

TINGGAL KENANGAN... Joseph (kanan) bersama isteri dan dua anaknya.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Malim gunung, Joseph Solugin dan Robbi Sappinggi pernah terlihat tindakan pelancong asing yang berbogel di atas puncak Gunung Kinabalu, seminggu sebelum mereka terkorban dalam kejadian gempa bumi yang melanda Sabah.

Kedua-duanya maut akibat dihempap batu yang terjatuh susulan gempa bumi pada 5 Jun lalu.

Kakak sulung kepada Joseph, Myren berkata adik bongsu daripada 11 beradik itu dilihat tidak gembira selepas pulang dari mendaki gunung pada 30 Mei lalu.

"Hari ini saya begitu malang. Robbi dan saya melihat sekumpulan pelancong asing berbogel di atas puncak Gunung Kinabalu," katanya.

Dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh isteri Joseph.

Myren berkata Joseph berasa tidak senang selepas menyaksikan tindakan biadap itu.

Jelas Myren, isteri Joseph cuba menghalangnya untuk pergi mendaki gunung pada 4 Jun lalu.

Namun, Joseph memberitahu isterinya dia tidak boleh mengambil cuti kerana ramai pelancong menunggu untuk mendaki gunung tersebut.

Dia berjanji untuk pulang pada 12 Jun bagi meraikan ulang tahun perkahwinan mereka.

"Malangnya, pada malam 4 Jun adalah kali terakhir kami bersama dengannya," kata Myren.

Amazing Borneo, syarikat tempat Joseph bekerja, berkata mayat bapa kepada dua orang anak yang masing-masing berusia dua dan empat tahun itu ditemui terhempap dibawah bongkah batu.

Menurut laman web syarikat tersebut, rakan sekerja Joseph, Sharul-nizam Suhaji menyifatkannya sebagai orang yang baik hati dan mudah didekati.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan