Dewan Rakyat Bincang Usul Kejadian Gempa Bumi

Diterbitkan: Selasa, 9 Jun 2015 1:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejadian gempa bumi yang menimpa kawasan Ranau, Sabah, Jumaat lepas akan dibincangkan di Dewan Rakyat pada persidangan sebelah petang Selasa.

Usul mengenainya diluluskan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang bersetuju usul itu memenuhi tiga kriteria utama iaitu merupakan perkara tertentu, berkepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.

"Oleh itu saya membenarkan usul ini dibahaskan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(3), perbahasannya bermula 4.30 petang dan akan ditangguhkan pada 5.30 petang.

"Perbahasan akan dibenarkan selama 30 minit dan kerajaan akan menjawab selama 30 minit," katanya.

Usul mengenai gempa bumi itu dikemukakan Datuk Bung Mokhtar Radin  (BN-Kinabatangan).

Bung Mokhtar ketika mengemukakan usul itu antara lain mencadangkan supaya kerajaan mengeluarkan bajet tambahan untuk membina jalan alternatif ke puncak Kinabalu dan menyediakan inisiatif kepada malim yang kehilangan pendapatan akibat aktiviti pendakian gunung tersebut ditutup sementara.

Setakat ini, 16 orang disahkan terkorban dan operasi mencari dua lagi warga Singapura yang hilang masih diteruskan susulan kejadian gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang berlaku di Ranau pada 7.15 pagi Jumaat.

Tags / Kata Kunci: Gempa Bumi , Dewan Rakyat

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan