Gempa Sabah: 'Bapa Saya Tidak Akan Kembali Lagi' - Xin Yi

Diterbitkan: Selasa, 9 Jun 2015 7:54 AM

Lim Xing Yi.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: “Bapa saya tidak akan kembali lagi."

Itu antara kata-kata Lim Xing Yi, seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dilihat leka bermain dan bercakap dengan ahli keluarganya yang berada di bilik mayat Hospital Queen Elizabeth.

Kanak-kanak tersebut besama ibu, nenek dan pak ciknya yang datang untuk menuntut mayat bapanya, Lim Choon Seong yang juga warganegara Malaysia selepas selesai proses bedah siasat.

Lim terbunuh dalam kejadian gempa bumi yang melanda Sabah pada 5 Jun lalu.

Xin Yi sekadar mengangkat bahu apabila ditanya apa yang sedang dilakukannya di bilik mayat itu.

Dia kemudiannya mula bercakap sedikit demi sedikit apabila diberikan komputer tablet.

Dia hanya mengangguk apabila ditanya sama ada dia sedang menunggu bapanya.

Ketika ditanya dimana bapanya atau sama ada dia cedera, kanak-kanak itu menunjuk ke atas langit, seolah-olah memberi gambaran bahawa Lim telah pergi ke syurga.

Ibu Lim dilihat menangis ketika dikelilingi kakitangan hospital dan ahli Yayasan Buddha, Tzu Chi.

Beliau dan beberapa ahli keluarga mangsa gempa bumi di Sabah menunggu proses bedah siasat orang kesayangan mereka di hospital tersebut sejak awal pagi lagi.

Beberapa ahli keluarga turut dilihat tidak dapat menahan kesedihan manakala yang lain duduk dan berbisik antara satu sama lain.

Ahli psikiatri, jururawat hospital dan pasukan perhubungan awam selain ahli Yayasan Buddha, Tzu Chi menemani keluarga yang terlibat sejak awal pagi Ahad.

Tags / Kata Kunci: gempa Sabah , kanak-kanak , bapa , maut

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan