PAS, DAP Perlu Buang Ego, Jangan Khianat Rakyat - Azmin

Diterbitkan: Selasa, 9 Jun 2015 11:21 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali menggesa pimpinan PAS dan DAP supaya mengetepikan ego peribadi demi kepentingan pakatan pembangkang.

Menurut beliau, perpecahan antara sekutu pakatan pembangkang juga disifatkan sebagai pengkhianatan terhadap rakyat.

"Apabila rakyat memberikan sokongan dan undi pada pilihan raya... mereka meletakkan harapan yang tinggi.

"Maka tanggungjawab setiap wakil rakyat untuk memastikan aspirasi rakyat dapat dipenuhi...kita harus ketepikan masalah ego peribadi dan meletakkan gagasan besar bagi kepentingan negara dan rakyat.

"Jangan kerana kepentingan peribadi kita kita merosakkan Pakatan Rakyat dan ini akan menghancurkan aspirasi rakyat. Ia satu pengkhianatan sekiranya amanah rakyat ini dikhianati," katanya pada Selasa.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014.

Sabtu lalu, Muktamar Tahunan PAS ke-61 meluluskan usul yang dibawa Dewan Ulama PAS Pusat bagi memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan DAP susulan beberapa kenyataan pimpinan parti itu terhadap PAS dan Presidennya, Datuk Seri Andul Hadi Awang.

Bagaimanapun usul berkenaan mahu PAS kekal di dalam Pakatan Rakyat bersama PKR.

Diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menolak tawaran PKR untuk menjadi 'orang tengah' bagi menyelesaikan kemelut PAS-DAP, Azmin berkata partinya tetap akan memainkan peranan dalam isu tersebut.

"Tidak apalah...itu pandangan peribadi beliau (Guan Eng) tetapi saya kira PKR mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan Pakatan Rakyat terus kuat dan kukuh dan ini memang peranan yang dimainkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini demi kepentingan negara dan rakyat.

"Saya sendiri di peringkat negeri ingin melihat Pakatan Rakyat terus kuat dan kukuh. Kita ada pandangan yang berbeza tetapi sebagai wakil rakyat kita juga ada tanggungjawab yang besar untuk melaksanakan aspirasi rakyat di negara ini," katanya.

Selain itu Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, krisis politik membabitkan PAS dan DAP tidak menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri pimpinannya.

"Tidak ada (gangguan)...Pakatan Rakyat di Selangor kuat dan kukuh, kita akan teruskan kerjasama ini, katanya.

Mengulas lanjut mengenai usul yang diluluskan Muktamar PAS itu, Azmin menggesa semua pihak supaya tidak membuat spekulasi mengenai keretakan pakatan pembangkang kerana usul berkenaan belum dimuktamatkan.

"Usul itu akan dibawa di peringkat perbincangan, jangan kita buat sebarang spekulasi. Sebelum ini kita melalui banyak masalah tetapi kita mampu menyelesaikannya.

"Krisis ini jangan dilihat sebagai satu kelemahan, jangan melihatnya sebagai satu masalah tetapi peluang untuk kepimpinan mengetepi ego masing-masing...masalah itu harus dijadikan keutamaan.

"Kita berada di Selangor kerana sokongan rakyat bukan kerana sokongan ahli parti sahaja. Kalau sokongan parti sahaja tidak mungkin kita dapat membentuk kerajaan maka bila rakyat sokong maka rakyat letak harapan," katanya.

Tags / Kata Kunci: PAS , DAP , PKR , Selangor

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan