JKJR, TOC Sedia Ajar Pemandu Asas Penjagaan Kereta

Diterbitkan: Selasa, 9 Jun 2015 2:52 PM

Muhammad Saeed menunjukkan cara penjagaan asas kereta.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) mewujudkan kerjasama dengan Kolej Otomotif (TOC) untuk memberi kesedaraan kepada pemilik serta pemandu tentang penjagaan asas kereta.

Timbalan Ketua Pengarah JKJR, Abdul Haris Lakar berkata, pengetahuan mengenai penjagaan asas kereta amat penting kepada orang ramai kerana ia mampu memberi keyakinan kepada pemandu serta memperbaiki cara pemanduan mereka.

"Terdapat ramai pemandu yang tidak mengetahui asas penjagaan kereta dan hampir kesemuanya hanya berharap kepada mekanik untuk memeriksa dan memperbaiki kenderaan mereka.

"Memiliki kemahiran asas dalam penjagaan kereta mampu mengelak daripada berlaku kemalangan jalan raya kerana mencegah itu adalah lebih baik.

"Pengetahuan asas ini juga akan meningkatkan tahap keyakinan semasa memandu atau ketika menghadapi masalah teknikal di jalan raya," kata Abdul Haris selepas melancarkan 'Kursus Penjagaan Kereta 101' di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, seorang pelajar warga Yemen, Muhammad Saeed Saif, 23, berkata pengetahuan asas dalam menjaga kereta amat mudah dan membantu pemandu untuk lebih berdikari.

"Sebenarnya penjagaan asas bagi sesebuah kenderaan bukanlah sesuatu yang sukar untuk dipelajari dan orang ramai pasti akan lebih teliti selepas mempelajarinya.

"Dengan mempelajari kursus ini, para pemandu akan lebih bijak untuk menjaga kereta mereka dan tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kereta ke bengkel kerana mereka mampu melakukannya sendiri," kata Saeed.

Saravanesh Mahenthiraraja, 19, pula berkata, penjagaan asas kereta amat penting sama seperti menjaga diri sendiri.

"Kereta ini boleh diibaratkan seperti tubuh badan sendiri dan kita akan lebih memahami tentang keadaan kereta sekiranya menjaganya.

"Kursus ini bagus kerana ia dapat mengelakkan orang ramai daripada ditipu oleh mekanik yang tidak bertanggungjawab kerana pemandu lebih peka kerana mereka sudah mengetahui kerosakan yang berlaku," kata Saravanesh.

Kursus Penjagaan Asas Kereta 101 merangkumi empat bahagian iaitu kuliah, pembelajaran praktikal, tugasan, serta ceramah mengenai keselamatan.

Orang ramai yang berminat boleh melayari www.toc.com.my untuk maklumat lanjut.

Tags / Kata Kunci: TOC , JKJR

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan