1MDB Akan Buktikan Kemampuan Kurangkan Paras Hutang

Diterbitkan: Selasa, 9 Jun 2015 9:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dijangka mengambil langkah tambahan bagi mengurangkan paras keseluruhan hutangnya selepas membuat membuat bayaran balik pinjaman sebanyak US$975 juta. 

Syarikat pelaburan strategik itu juga akan membuat pengumuman lanjut pada minggu-minggu akan datang yang turut menyaksikan lebih banyak pembayaran balik hutangnya.

Sehubungan itu, syarikat berkenaan dan Kementerian Kewangan sewajarnya diberi masa serta peluang untuk meneruskan usaha itu dalam usaha memastikan lebih banyak perkembangan berkaitan, dapat dicapai.

Pada Isnin, 1MDB telah membuat bayaran penuh pinjamannya berjumlah US$975 juta kepada satu sindiket bank-bank antarabangsa, seiring pelan rasionalisasi yang diluluskan oleh Kabinet.

Matlamat utama pelan itu adalah untuk mengurangkan paras keseluruhan hutangnya sebanyak RM42 bilion dalam akaun kewangan terakhirnya.

Bayaran balik itu dibuat kurang 10 hari selepas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah membentangkan pelan itu kepada Kabinet pada 29 Mei lepas.

1MDB telah membuat bayaran penuh US$975 juta itu yang berbulan-bulan lebih awal daripada tarikh sepatutnya.

Berikutan itu, 1MDB telah mengurangkan hutang sebanyak RM3.6 bilion iaitu hampir lapan peratus daripada jumlah hutangnya.

Ini turut memaparkan komitmen serta kemampuan 1MDB dan Kementerian Kewangan menangani paras hutang syarikat berkenaan.

Tags / Kata Kunci: 1MDB , hutang

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan