Tinjauan Kerosakan Di Gunung Kinabalu Berdepan Kesukaran

Diterbitkan: Isnin, 8 Jun 2015 4:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUNDASANG: Pihak Taman-Taman Sabah (TTS) berhadapan kesukaran untuk mengenal pasti kerosakan harta benda dan laluan pendaki di Gunung Kinabalu akibat gempa bumi Jumaat lepas.

Beberapa pegawai dari TTS yang diketuai Pengarahnya Dr Jamili Nais hari ini cuba untuk ke kawasan Laban Rata dengan menaiki helikopter tetapi tidak berjaya disebabkan faktor cuaca.

Helikofter yang membawa mereka tidak dapat mendarat dan terpaksa berpatah balik ke kawasan pendaratan berdekatan Pekan Kundasang.

Penolong Pengarah Kewangan, Pentadbiran dan Sumber Manusia Negeri, Daring Laban berkata jumlah kerosakan harta benda dan laluan pendaki bumi belum dapat dikenal pasti sepenuhnya.

"Dari laporan yang diterima, kerosakan besar membabitkan dua pondok pendaki  di Panar Laban dan Layang-Layang yang ranap terkena batu," katanya.

Daring berkata bangunan di Laban Rata termasuk pondok penginapan Gunting Lagadan dan Sayat-Sayat akan turut diperiksa.

Beliau berkata selepas proses mengenal pasti kerosakan harta benda dilakukan, jurutera akan dibawa untuk menilai kerosakan.

Tags / Kata Kunci: Gunung Kinabalu

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Kolumnis

iklan

Iklan