Pelancong Kecewa Tak Dapat Daki Gunung Kinabalu

Diterbitkan: Isnin, 8 Jun 2015 1:21 PM

(Ubah saiz teks)

KUNDASANG: Serombongan 35 pelancong dari Pulau Pinang merasa kecewa apabila hasrat mereka untuk mendaki Gunung Kinabalu terbantut ekoran kejadian gempa bumi yang turut melanda gunung itu Jumaat lalu.

Namun mereka tetap datang ke Sabah untuk menikmati keindahan lain yang terdapat di negeri di bawah bayu ini.

Seorang peserta rombongon, Wang Choon Yiek, 46, berkata walaupun kecewa kerana tidak berpeluang untuk mendaki Gunung, namun beliau tetap berpuas hati kerana dapat bercuti ke Sabah.

"Sepatutnya hari ini kami dijadualkan untuk mendaki gunung. Tetapi disebabkan kejadian gempa bumi, kami terpaksa menukar rancangan untuk ke pusat peranginan di Air Panas Poring," katanya kepada Bernama yang pertama kali bercuti di Sabah.

Beliau berkata rancangan untuk mendaki Gunung Kinabalu dibuat sejak tahun lepas dan telah ditunda sebanyak tiga kali disebabkan beberapa halangan.

"Bagaimanapun saya tetap bersyukur kerana kami tidak berada di puncak Gunung Kinabalu semasa gempa bumi berlaku," tambah Wang.

Rakannya Cheah Soo See, 45, berkata mereka tetap meneruskan hasrat melancong ke Sabah.

"Kami sudah maklum tentang kejadian gempa bumi itu. Namun kami semua sepakat untuk meneruskan percutian ke Sabah.

"Walaupun kami tidak dapat mendaki Gunung Kinabalu, namun kami masih boleh melawat beberapa lagi tempat yang menarik di Sabah," katanya di sebuah rumah penginapan berhampiran Taman Kinabalu.

Beliau berkata kesemua mereka telah menempah tiket penerbangan dan rumah penginapan sejak hujung tahun lepas.

"Ini adalah kali pertama saya datang ke Sabah. Kami sangat teruja apabila sampai di sini (Kundasang) kerana pemandangannya sangat cantik. Walaupun tidak dapat mendaki Gunung Kinabalu saya tetap berpuas hati kerana masih boleh melawat banyak tempat menarik di sini," kata Cheah.

Choo Chuan Sin pula berkata mereka akan bercuti di Sabah sehingga Khamis ini sebelum pulang ke Pulau Pinang pada hari yang sama.

"Hari ini dan esok kami akan melawat beberapa tempat menarik di sekitar Ranau dan manghabiskan masa dua hari lagi di Kota Kinabalu," katanya.

Beliau berkata mereka merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu apabila ia dibuka semula kelak.

"Bila keadaan sudah reda kami akan datang lagi ke Sabah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Gempa bumi yang terjadi baru-baru ini tidak tidak mematahkan semangat dan hasrat kami untuk sampai ke puncak Gunung Kinabalu," katanya.

Gempa bumi setakat ini dilapor mengorbankan 16 orang termasuk pelancong asing sementara dua lagi dilapor masih hilang.

-- BERNAMA
Tags / Kata Kunci: Gunung Kinabalu , Gempa Sabah

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan