Diterbitkan: Isnin, 8 Jun 2015 1:36 PM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Kerajaan Persekutuan akan membina semula jambatan kekal di Kampung Pulau Setelu di sini, yang musnah dalam kejadian banjir yang melanda negeri itu Disember tahun lepas.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pembinaan jambatan baharu itu akan melibatkan kos sebanyak RM40 juta dan beliau menggesa agensi berkaitan mempercepat proses pengeluaran tender agar nadi perhubungan utama penduduk itu dapat disiapkan segera.

"Kita amat faham dengan masalah yang dihadapi penduduk selepas jambatan berkenaan musnah dalam kejadian banjir tahun lepas hingga menyebabkan mereka terpaksa menggunakan perkhidmatan perahu untuk berulang-alik ke masjid dan sekolah.

"Kini, peringkat pertamanya telah selesai apabila jambatan sementara yang dibina sejak sebulan lepas telah siap dan kita tunggu pula jambatan kekal yang bakal dibina tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jambatan Sementara Kampung Pulau Setelu Nenggiri di sini, Ahad.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan Datuk Makhtar Mustapha, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Datuk Mat Yusoff Abd Ghani dan ADUN Galas, Ab Aziz Yusof.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata jambatan yang runtuh dalam kejadian banjir besar itu menghalang pengguna untuk ke Jeli atau Gua Musang.

Katanya ini menyebabkan pengguna terpaksa menggunakan laluan Kuala Krai-Dabong yang lebih jauh dan memakan masa.

"Walaupun jambatan sementara itu tidaklah sebaik jambatan kekal, namun ia hanya untuk kegunaan sementara dan kerajaan telah berjanji akan membina jambatan kekal untuk tahan lama.

"Kita juga mengucapkan tahniah kepada kontraktor yang membina jambatan sementara itu yang hanya mengambil masa sebulan tepat untuk menyiapkannya hingga boleh dilalui kenderaan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Gua Musang , Banjir , Persekutuan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan