Lelaki Belanda Pusing Dunia Hasil Bantuan Orang Ramai

Diterbitkan: Isnin, 8 Jun 2015 4:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki kelahiran Belanda mencapai impiannya untuk mengembara ke seluruh dunia dengan pertolongan daripada orang ramai.

Michael Ruppert yang kini berada di Malaysia, sudah mengembara ke beberapa buah negara dengan menggunakan bajet yang kecil serta menetap di rumah orang yang tidak dikenalinya.

"Orang ramai menganggap mereka yang selalu melancong ke seluruh dunia adalah orang yang kaya.

"Saya tidak mempunyai wang yang banyak jadi itulah sebabnya saya membuat tempahan ke atas tawaran tiket penerbangan yang paling murah selepas saya berhenti kerja," kata Ruppert.

Lelaki berusia 28 tahun itu juga berkata, dia mendapat ilham untuk memulakan projek 'Starring You', sebuah projek yang membolehkannya mengembara ke serata dunia dengan bantuan orang ramai semasa dia sedang mengembara.

Projek tersebut bermula pada 2012 dan dia akan mengirimkan poskad kepada orang ramai yang telah memberikan alamat mereka.

Respon yang diterima amat menggalakkan dan orang ramai dari serata dunia telah memberikan alamat mereka dan Ruppert kini memiliki 6,000 alamat.

"Orang ramai akan menghargai sesuatu yang boleh dipegang dengan tangan dan jika dibandingkan dengan emel, poskad itu sesuatu yang boleh disimpan manakala emel itu sesuatu yang dibaca sekali dan terus dilupakan," katanya.

Populariti projek 'Starring You' semakin mendapat perhatian ramai dan orang yang tidak dikenali dari seluruh dunia tidak henti-henti menghulurkan bantuan atau menawarkan tempat tinggal kepadanya.

"Saya sudah menetap bersama keluarga yang berbeza sepanjang pengembaraan saya, ia merupakan satu perkara yang menarik untuk melihat cara hidup yang berbeza di seluruh dunia," katanya lagi.

Ruppert juga menjelaskan mengembara tanpa sebarang perancangan membenarkannya melalui pengalaman yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

Dia pernah dijemput untuk menyertai aktiviti ski oleh seorang individu selepas mempersembahkan projeknya di Romania.

"Ada juga individu lain menjemput saya untuk melawat Dubai dan begitulah cara saya mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain.

"Individu tersebut juga menukar tiket penerbangan saya dari kelas ekonomi kepada kelas perniagaan," kata Ruppert lagi.

Tags / Kata Kunci: Belanda

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan