Jurutera Wanita Kalahkan 10 Pelumba Lelaki Untuk Bergelar Juara

Diterbitkan: Isnin, 8 Jun 2015 10:05 AM

Siti Fatimah cabar diri saingi lelaki.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jurutera terlatih yang kini bergelar juara perlumbaan, Siti Fatimah Husna, 24, menganggap dua adik beradik lelakinya sebagai pengkritik tetap disebalik kejayaannya dalam bidang permotoran.

"Dua daripada adik beradik lelaki saya juga terlibat dengan aktiviti ini dan saya belajar daripada mereka.

"Sudah tentu sangat sukar untuk memuaskan hati mereka. Walaupun saya menang, mereka tetap akan meminta saya berusaha lebih lagi dan memberitahu saya boleh buat lebih daripada itu," ujarnya.

Siti Fatimah merupakan peserta tunggal yang berjaya menewaskan 10 pelumba lelaki dan muncul tempat pertama dalam kategori Kejohanan Supermoto Malaysia CKD, di sini, Ahad.

Perlumbaan itu merupakan sebahagian daripada acara yang diadakan pada Kejohanan Motosikal Antarabangsa (FIM Asia) yang turut membabitkan pelumba Jepun, Thailand, United Kingdom, Singapura, Taiwan dan Malaysia.

"Ia sangat mengujakan, saya telah mendahului peserta lain sebanyak satu pusingan," kata Siti Fatimah.

Tambahnya, pada awalnya dia tidak mempunyai minat dengan aktiviti tersebut dan belajar tentang kejuruteraan mekanikal kerana mahu menjadi seorang jurutera.

"Ibu saya terutamanya tidak mahu saya menyertai perlumbaan ini. Dia berkata saya masih seorang wnaita yang belum berkahwin dan bimbang jika saya kemalangan akan menyebabkan kecederaan dalaman," ujarnya.

Bagaimanapun, Siti Fatimah masih meneruskan aktiviti permotoran itu dan berusaha untuk mencapai kejayaan dalam mana-mana perlumbaan.

"Ia sangat sukar dan saya jatuh banyak kali. Saya banyak alami luka dan lebam, namun itu semua berbaloi dengan kemenangan ini," ujarnya.

Kejayaan tersebut juga mampu meyakinkan kedua ibu bapanya tentang minat mendalam dalam bidang tersebut.

Katanya, ibu bapanya kini sudah memahami dan banyak memberi dorongan jika diperlukan.

"Ini adalah sukan yang mahal, saya bekerja dan menggunakan semua duit simpanan untuk mendapatkan apa yang diperlukan dalam perlumbaan," ujarnya yang masih mencari penaja untuk terlibat dalam pertandingan lebih besar pada masa akan datang.

Katanya, buat masa ini dia akan terus berlatih dan mencabar diri untuk mencapai kejayaan lebih baik.

"Jika lelaki boleh lakukannya, begitu juga saya," katanya.

Tags / Kata Kunci: Jurutera , permotoran

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan