Air Zamzam Dan Habbatus Sauda Mampu Kurangkan Ketagihan Dadah

Diterbitkan: Isnin, 8 Jun 2015 3:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Satu penemuan terbaharu membuktikan air zamzam dan habbatus sauda atau jintan hitam mampu mengurangkan kesan ketagihan dadah jenis opiat atau narkotik.

Penemuan itu merupakan hasil penyelidikan sekumpulan penyelidik Skim Geran Penyelidikan NIC Kementerian Pendidikan Malaysia (NRGS-KPM) serta beberapa universiti tempatan yang diterajui Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Ia turut mendapat kerjasama kerajaan negeri, Jabatan Penjara dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Pembangunan) UniSZA, Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata kajian yang dilakukan melibatkan 250 responden yang terdiri daripada penagih opiat di Penjara Marang.

"Kajian awal kita mendapati responden mula menunjukkan perkembangan positif setelah diberikan air zamzam dan habbatus sauda dalam mengurangkan pengambilan metadon untuk mengatasi ketagihan opiat mereka.

"Cumanya kajian lanjut diperlukan untuk mengenal pasti dos yang mencukupi untuk dijadikan rawatan alternatif memulihkan mereka dari ketagihan itu," kata Mohd Ekhwan.

Dadah opiat termasuk candu, morfin, heroin dan kodein.

Beliau berkata doktor selalunya akan memberi metadon kepada penagih namun ini dilihat boleh memudaratkan jika diambil dalam jangka masa panjang.

Mohd Ekhwan berkata kajian selama lima tahun itu akan berakhir pada 2017 dengan penghasilan tiga bentuk modul.

"Modul pertama ialah i-TGM yang bertujuan meningkatkan pengekalan terapi gantian metadon ke atas penagihan opiat sementara modul kedua berupa pembentukan komuniti kasih kepada keluarga penagih.

"Modul ketiga pula ialah pembinaan model dan indeks kualiti hidup Islam (i-QoL) bagi mengukur tahap kualiti hidup penagih dan keluarga mereka sebelum dan selepas rawatan," katanya dan menambah apabila berjaya, rawatan alternatif untuk penagih opiat itu akan diperluaskan ke seluruh negara.

Beliau berkata selain pemberian air zamzam dan habbatus sauda, responden  turut diajar untuk mengamalkan bacaan zikir, al-Quran serta diberi kaunseling.

Tags / Kata Kunci: Air Zamzam , Habbatus Sauda

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan