Arab Saudi Setuju Sumbang Dana Kemanusiaan Rohingya

Diterbitkan: Isnin, 8 Jun 2015 8:19 AM

Najib diiringi Putera Mahkota Naif Mohammed al- Saud di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz al- Saud ketika tiba di Jeddah.

(Ubah saiz teks)

JEDDAH: Arab Saudi memberi reaksi positif terhadap cadangan Malaysia menubuhkan tabung kemanusiaan untuk pendatang Rohingya dan Bangladesh yang masih terkandas di laut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemerintah negara itu Raja Salman Abdulaziz Al Saud pada dasarnya bersetuju untuk menyumbang kepada dana kemanusiaan itu.

Beliau berkata, cadangan tersebut telah dibincangkan ketika bertemu dengan Raja Salman di sini pada Ahad.

"Malaysia membuat cadangan itu sebagai pengerusi Asean. Selain Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) juga telah bersetuju untuk memberi sumbangan.

"Kementerian Luar akan mengendalikan perkara itu," katanya kepada pemberita di Istana As Salam di sini Ahad.

Najib diiringi Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Terdahulu, di laporkan ribuan pendatang kaum Rohingya dan Bangladesh terkandas di Teluk Bengal dan Laut Andaman selepas ditinggalkan oleh penyeludup yang dibayar untuk membawa masuk mereka ke Malaysia.

Najib berkata, isu tersebut berkaitan dengan keselamatan antarabangsa, termasuk isu pengganas di negara-negara Islam yang turut dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

"Saya juga telah menjemput Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammad Naif Al Saud untuk melawat Malaysia," katanya.

Sebelum itu, Najib menghabiskan masa hampir satu jam melawat pusat operasi Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Line di Mekah yang diuruskan oleh Prasarana Malaysia Berhad.


Metro Line merupakan perkhidmatan kereta api elektrik meliputi trek 18 kilometer antara Arafah dan Mina.

Perkhidmatan tersebut digunakan oleh jemaah sepanjang musim haji.

Prasarana diberi kontrak selama tiga tahun bernilai RM768 juta.
Tags / Kata Kunci: Aran Saudi , Najib

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan