JPJ Buka Pejabat Di Cameron Highlands

Diterbitkan: Isnin, 8 Jun 2015 3:40 PM

(Ubah saiz teks)

CAMERON HIGHLANDS: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka sebuah pejabat cawangan baharu di Cameron Highlands yang mula beroperasi sepenuhnya pada 20 Jan lepas.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pembukaan pejabat baharu itu menjadikan JPJ kini mempunyai 66 cawangan di seluruh negara.

Beliau berkata cawangan baharu itu merupakan satu daripada inisiatif dan komitmen berterusan kerajaan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk Cameron Highlands khususnya.

"Lokasinya amat bersesuaian dan strategik, memandangkan Tanah Rata merupakan pusat bandar Cameron Highlands yang menjadi tumpuan penduduk di daerah ini.

"Sebelum pembukaan JPJ cawangan Cameron Highlands, penduduk di sini akan ke JPJ Ipoh, Perak atau JPJ cawangan Gua Musang, Kelantan bagi mendapatkan perkhidmatan dan menjalankan urusniaga yang mana jaraknya lebih 100 kilometer," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian pejabat cawangan itu di sini, pada Isnin.

Liow berkata antara perkhidmatan yang diberikan ialah urusniaga berkaitan lesen memandu, memperbaharui cukai jalan, tender nombor pendaftaran, tukar hak milik kenderaan dan bayaran saman.

Sementara itu, Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata sejak memulakan operasi pada Januari hingga April lepas, pejabat JPJ berkenaan memungut hasil sebanyak RM558,057.50 ke atas transaksi yang dijalankan.

Tags / Kata Kunci: JPJ , Cameron Highlands

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan