Muhyiddin Lawat Sekolah, Masjid Rosak Akibat Gempa Bumi

Diterbitkan: Ahad, 7 Jun 2015 1:44 PM

Muhyiddin meninjau Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau pada Ahad yang mengalami kerosakan selepas dilanda gempa bumi Jumaat lepas. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

RANAU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad melawat dua sekolah dan masjid daerah di sini yang rosak akibat gempa bumi pada Jumaat lepas.

Masjid Daerah Ranau, tempat pertama beliau lawati, diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Mohamad Ali dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ranau.

Turut mengiringi beliau, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Sukiman.

Dalam lawatan di Masjid Daerah Ranau, beliau diberi penerangan mengenai kerosakan masjid yang kini ditutup oleh Masidi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Karanaan.

Ketika melawat SMKA Mohamad Ali dan SMK Ranau pula, Muhyiddin diberi penerangan oleh Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Jame Alip dan taklimat itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap.

Timbalan perdana menteri kemudian ke Taman Kinabalu di Kundasang bagi mendengar taklimat bencana serta operasi mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap di puncak Gunung Kinabalu sebelum berlepas balik ke Kota Kinabalu.

Kejadian gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku pada Jumaat lepas menyebabkan kerosakan beberapa bangunan di sekitar daerah ini.

Masjid Daerah Ranau mengalami kerosakan beberapa struktur bangunan dan siling bumbung anjung tepi runtuh.

Dua blok kuarters rumah guru SMK Ranau yang menempatkan 23 keluarga mengalami keretakan menyebabkan ia dikosongkan serta paip bawah tanah pecah menyebabkan bekalan air di kawasan sekolah ditutup.

Di SMKA Mohamad Ali, kerosakan membabitkan siling sebuah kelas di sekolah itu runtuh.

Tags / Kata Kunci: Muhyiddin Yassin , gempa Sabah

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan