Penghargaan Buat 'Wira Tak Didendang' Gempa Bumi - Muhyiddin

Diterbitkan: Ahad, 7 Jun 2015 7:02 PM

Muhyiddin bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman serta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bergegas keluar dari bangunan berikutan gegaran gempa bumi ketika taklimat bencana serta operasi mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap di puncak Gunung Kinabalu, pada Ahad. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

RANAU: Kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi penghargaan khas kepada malim gunung yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter di Gunung Kinabalu pada Jumaat lalu. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menyifatkan malim gunung terbabit sebagai 'wira tak didendang' berkata, mereka telah melakukan kerja yang terbaik.

Ini termasuk menyelamat pendaki yang terkandas di Gunung Kinabalu dan membawa turun mangsa yang tercedera kesan daripada gegaran gempa bumi itu, katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai bencana tersebut di sini, Ahad.

Sementara itu, dalam sidang media berasingan, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Muhyiddin meminta beliau untuk menyenaraikan malim gunung yang terlibat secara langsung dalam operasi itu.

Beliau berkata, kerajaan akan memberi penghargaan terhadap jasa, usaha dan komitmen mereka dalam membantu pasukan penyelamat.

Kerajaan, katanya, bersetuju menyumbang sebanyak RM1,000 kepada setiap malim gunung yang terlibat bagi menunjukkan penghargaan atas keprihatinan mereka.

Sebanyak 250 malim gunung berdaftar di bawah Persatuan Malim Gunung Kinabalu.

Tags / Kata Kunci: gempa Sabah

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan