Kerajaan Hantar Kaunselor Ke Sabah, Beri Khidmat Kaunseling Kepada Mangsa Gempa

Diterbitkan: Ahad, 7 Jun 2015 3:13 PM

Rohani Abdul Karim.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menghantar kaunselor untuk memberi khidmat kaunseling kepada mereka yang terjejas akibat gempa bumi yang melanda Ranau serta daerah lain di Sabah pada Jumaat lepas.

Menteri berkenaan Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata perkhidmatan kaunseling berkenaan disediakan di pusat pemindahan sementara yang dibuka di Kem Bina Negara Kundasang.

Katanya selain penduduk tempatan, khidmat kaunseling juga ditawarkan kepada para pendaki serta anggota keluarga yang mungkin trauma dengan bencana alam itu.

"Memandangkan pendaki ini terdiri daripada rakyat pelbagai negara, maka kita menyediakan kaunselor yang sememangnya mahir bertutur dalam bahasa Inggeris," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 'Jom Jalan-jalan Bersama Hydrocephalus, Apert Syndrome  and  Craniosysnostosis' di sini, Ahad. 

Rohani berkata pusat pemindahan sementara tersebut dibuka sejak 5 Jun lalu dan sehingga kini 115 orang terdiri daripada anggota keluarga pendaki berada di pusat tersebut untuk mengetahui perkembangan semasa.

"Selain perkhidmatan kaunseling, pusat ini menyediakan pelbagai kemudahan kepada penghuni termasuk makanan," katanya.

Tiga belas individu disahkan terkorban setakat ini dalam gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang berlaku di Ranau pada 7.15 pagi Jumaat.

Tags / Kata Kunci: khidmat kaunseling , gempa Sabah

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan