Gempa Sabah: Bilangan Mangsa Disemak Semula Kepada 18 Orang

Diterbitkan: Ahad, 7 Jun 2015 6:10 PM

Dua mayat mangsa gempa bumi berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat di Laban Rata Gunung Kinabalu pada Ahad. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUNDASANG: Bilangan mangsa di Gunung Kinabalu berikutan gempa bumi pada Jumaat lalu telah disemak semula kepada 18 orang, dengan 16 orang disahkan maut manakala dua lagi hilang dan dianggap terbunuh.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, terdahulu seorang rakyat Malaysia disenaraikan sebagai hilang merupakan antara kumpulan pendaki pertama yang tiba di kaki gunung, namun namanya tidak direkodkan.

Beliau memberitahu pendaki itu merupakan ejen syarikat pengembaraan yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Mohd Khairuladzuan Abdul Khalid, 39.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat Taman Kinabalu di sini, Masidi berkata, jumlah yang maut terdiri daripada enam rakyat Malaysia, tujuh warga Singapura dan masing-masing seorang dari Filipina, China dan Jepun.

Beliau berkata, anggota mencari dan menyelamat dan kakitangan Taman Kinabalu menemui lima mayat di kawasan pergunungan pada Ahad.

Katanya, dua pendaki yang hilang merupakan seorang guru dan pelajar dari Singapura.

Menurut Masidi, kedua-dua mangsa dianggap sebagai hilang walaupun terdapat kemungkinan mereka merupakan antara bahagian badan mayat yang ditemui pasukan menyelamat setakat ini.

"Kita berharap proses pengecaman dapat dilakukan dalam masa beberapa hari," tambahnya.

Beliau berkata, operasi menyelamat di kawasan pergunungan dikecilkan tetapi akan diteruskan pada Isnin.


Tags / Kata Kunci: gempa Sabah

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan