Gempa Sabah: Jenazah Robbi Selamat Dikebumi

Diterbitkan: Ahad, 7 Jun 2015 6:33 PM

Upacara pengebumian Robbi Sapinggi di tanah perkuburan Kiau Nulu, dekat Ranau pada Ahad. Foto AZULAZHAR SHBELEE / THE STAR

(Ubah saiz teks)

RANAU: Jenazah Robbi Sapinggi, 30, malim gunung yang terkorban dalam kejadian gempa bumi Jumaat lepas, selamat disemadikan di tanah perkuburan Kiau Nulu, dekat sini Ahad.

Mendiang disemadikan kira-kira 3 petang dengan dihadiri lebih 100 ahli keluarga dan sahabat handai.

Abang mendiang, Billy Sapinggi, 32, berkata pemergian adiknya memberi kesan yang mendalam terhadap mereka sekeluarga.

"Kami sangat terkejut dengan pemergian mendiang. Kami tidak menyangka kejadian gempa bumi itu mengorbankannya.

"Kami sekeluarga tetap menerima takdir yang menimpa mendiang dan kami berharap mendiang dapat bersemadi dengan tenang di sana," katanya kepada pemberita selepas upacara pengebumian di perkuburan Kristian itu.

Sementara itu, Billy yang juga bekerja sebagai malim gunung berkata, kejadian yang menimpa mendiang adiknya itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus bekerja sebagai malim gunung.

"Selepas ini saya akan terus berkhidmat sebagai malim di Gunung Kinabalu," katanya.

Tags / Kata Kunci: gempa Sabah , Robbi Sapinggi

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan