Gegaran Kuat Dirasai Ketika Taklimat Kepada Muhyiddin

Diterbitkan: Ahad, 7 Jun 2015 4:00 PM

Muhyiddin diberi taklimat ketika meninjau Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Mohamad Ali pada Ahad yang mengalami kerosakan selepas dilanda gempa bumi Jumaat lepas. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUNDASANG: Gegaran kuat mengejutkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa orang kenamaan (VIP) yang dipindahkan dari sebuah bangunan di Taman Kinabalu di sini.

Timbalan Perdana Menteri sedang menerima perkembangan terkini daripada pasukan operasi mencari dan menyelamat di bangunan Liwagu mengenai bilangan mangsa yang masih belum dikeluarkan.

Gegaran di bangunan tersebut dirasai kira-kira pukul 1.53 petang Ahad.

Situasi itu menyebabkan Ketua Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Masidi Manjun dan Ketua Polis Ranau, Deputi Superintenden Farhan Lee Abdullah menghentikan taklimat dengan serta merta.

Muhyiddin diiringi pengawal peribadinya untuk meninggalkan bangunan tersebut.

Turut hadir, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang.

Taklimat itu diteruskan di bahagian belakang bangunan dua tingkat yang berlangsung selama 30 minit.

Muhyiddin kemudiannya memberitahu media bahawa bantuan khas dari kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah akan disalurkan kepada mangsa dari Malaysia yang terjejas akibat gempa bumi itu.

Beliau berkata keluarga mangsa yang terbunuh akan menerima RM10,000 manakala mereka yang cedera akan diberikan RM2,000 setiap seorang.

Muhyiddin berkata mangsa yang masih terperangkap di kawasan pergunungan dan trauma dengan insiden itu akan menerima RM1,000 setiap seorang.

Tags / Kata Kunci: Muhyiddin Yassin , taklimat , gegaran

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan